Thursday, July 21, 2011

mungkin?

Pelangi ku. Dari jauh ku lihat, ku renung dan ku amati. Nampak ceria, nampak indah. Duri, tanah, selut, debu, basah dan kering aku tak peduli.. demi pelangi yang mengindahkan hidupku dan membuat ku khayal seketika. Hanya kau pelangi yang satu dan ku mahu.

Namun, bila aku nampak dan dekati dengan pelangi tu, muncul pula awan hitam jahat tiba2. pelangi tersepit antara aku dan awan jahat. titik hujan turun, dengan guruh dan kilat.

mungkin, mungkin awan itu sentiasa dekat dengan pelangi. tetapi, awan hitam jahat selalu menghilangkan seri pelangi. pelangi yang cantik dan ceria, menjadi hilang.

dan aku tergapai2. perlu kah aku terbang ke langit dan buktikan pada pelangi betapa aku menanti dirinya hadir dalam hidupku. menanti di balik hujan dan takkan berhenti mengejar dirinya.

dan kini, bila hampir tangan ku menggapai pelangi dan menikmati keindahan itu, pelangi ku diganggu kenangan lama dan takut akan awan hitam itu. Dan larilah ia sejenak di balik langit yang luas. Tapi, pelangi itu mengatakan aku amat disayangi dan berharap ku sentiasa menantinya. Ku meminta padaMu Tuhan yang punya kuasa, hadirkanlah pelangi ku. Moga pelangi mengindahkan hari2 ku.

-- nukilanku utk mu, wahai pelangi ku.
Ariel
21072011 Shah Alam.


No comments:

Post a Comment